Monday, 28 December 2015



UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

TAKRIF
Ø  unsur-unsur yang telah lama wujud dan diwarisi dalam masyarakat melayu sebelum kemasukan kuasa penjajah di Tanah Melayu.
Ø  Diserapkan dalam Perlembagan Persekutuan (PP) sebagai sebahagian daripada bentuk tolak ansur diantara kaum yang dikenali sebagai “kontrak sosial” semasa perlembagaan digubal pada tahun 1956.
Ø  terus dikekalkan dalam PP kerana kepentingannya untuk kestabilan politik negara dan mempunyai peranan tertentu dalam mengekalkan keharmonian di antara kaum. 

A.    PEMERINTAHAN BERAJA
·         institusi beraja telah wujud berabad2 lamanya sebelum kedatangan penjajah.
·         pada masa itu, negeri2 melayu mengamalkan sistem beraja mutlak (kuasa raja meliputi seluruh aspek pemerintahan, pentadbiran dan kehidupan rakyat)
·         semasa penjajahan British, raja2 masih diiktiraf sebagai pemerintah berdaulat di negeri masing2. walaupun dalam sesetengah perkara, mereka dikehendaki mematuhi nasihat residen/penasihat British.
·         keadaan ini berlanjutan sehingga sebelum tercetus perang dunia ke-2 (PD2).
·         selepas PD2, pihak British ingin membentuk pemerintahan bercorak kesatuan yang dikenali sebagai Malayan Union (MU).
·         melalui rancangan itu, kuasa raja2 dibataskan kepada agama Islam dan adat istiadat melayu sahaja. (kesan) kuasa politik dan kedaulatan raja2 melayu dilucutkan.
·         akibat bantahan hebat oleh orang melayu, maka MU digantikan dengan pemerintahan bercorak Persekutuan melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 yang telah memulihkan serba sedikit kedudukan raja2 melayu.
·         setelah merdeka, institusi beraja dikekalkan seiring dengan sistem demokrasi yang diamalkan.
·         ketua negara bagi persekutuan adalah YDPA yang dipilih oleh 9 orang dikalangan raja2 melayu (P.32 PP)
·         banginda dikehendaki menurut nasihat PM dan jemaah menteri (P. 39/40)
·         institusi beraja dilindungi oleh perlembagaan dan tiada sebarang pindaan yang boleh dilakukan terhadap perkara2 yang melibatkan majlis raja2 (MRR), susunan keutamaan dan hak2 mereka untuk warisan sebagai raja di negeri masing2 tanpa persetujuan MRR.



B.     AGAMA ISLAM
·         Agama Islam telah menjadi anutan oleh orang melayu sejak lebih 500 tahun lalu.
·         walaupun negeri2 melayu pernah diperintah oleh kuasa asing, tetapi orang melayu masih berpegang pada agama Islam.
·         sungguhpun British mengambil alih kuasa politik di NNM melalui pengenalan sistem residen (perjanjian pangkor 1947) tetapi agama islam dan adat istiadat melayu tidak disentuh langsung.
·         semua raja di NNM dikehendaki mematuhi nasihat residen kecuali dalam bab agama islam dan adat istiadat melayu.
·         selepas merdeka, kedudukan agama islam terus dipelihara dan dijadikan agama bagi persekutuan namun agama2 lain boleh diamalkan dengan bebas dalam mana2 bahagian persekutuan [P.11(1)]
·         agama islam dan orang melayu mempunyai perkaitan yang sangat rapat sehingga islam menjadi satu daripada unsur penting dalam takrif melayu menurut perlembagaan.
·         P.160 PP mentakrifkan melayu sebagai seorang yang beragama islam, bertutur dalam BM, mengamalkan adat istiadat melayu dan berketurunan melayu.
·         selaras kedudukan islam sebagai agama bagi persekutuan, kerajaan pusat diberi kuasa untuk memperuntukkan atau menyediakan perbelanjaan bagi pentadbiran agama islam dan undang2 syariah.
·         penerimaan islam sebagai agama bagi islam membolehkan kerajaan pusat (KP) dan kerajaan negeri (KN) menubuh / meyelenggara dan membantu pertubuhan2 islam serta menyediakan peruntukan kewangan untuk majlis dan upacara keagamaan.
·         selaras kedudukan islam sebagai agama bagi persekutuan, maka undang2 persekutuan boleh mengawal / menyekat penyebaran kepercayaan agama lain kepada penganut agama islam {P.11(4)]

C.    BAHASA MELAYU
·         Sebelum PD2, BM telah digunakan secara meluas untuk tujuan rasmi seperti urusan surat menyurat, pengendalian dan penulisan minit mesyuarat serta prosiding perundangan dan kehakiman di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor
·         Keadaan ini mula berubah sedikit demi sedikit selepas PD2 akibat penerimaan undang-undang Inggeris dalam sistem perundangan
·         Perkembangan ini mula menyebabkan BI mula diterima sebagai bahasa pentadbiran walaupun pada masa yang sama BM masih digunakan dalam urusan rasmi persekutuan.
·         Dalam perlembagaan Malayan Union ada menyebut bahawa bahasa rasmi untuk urusan kerajaan, mesyuarat majlis kerja di NNMB dan NNS ialah BM dan BI.
·         Dalam rangka perlembagaan PTM yang digubal pada tahun 1956 ada diusulkan/dicadangkan supaya BM dijadikan bahasa persekutuan dengan cara yang sama Islam dijadikan agama persekutuan tanpa istilah rasmi atau kebangsaan.
·         Namun, cadangan itu dibantah oleh pemimpin melayu dan akibatnya P 152 (1) diluluskan dengan menjadikan BM sebagai bahasa kebangsaan.
·         Pemberian taraf kebangsaan kepada BM bermakna bahasa itu menjadi bahasa perantaraan dalam semua urusan rasmi kerajaan.
·         Di bawah P 152 (6) PP mentakrifkan ‘rasmi’ adalah samaada untuk kerajaan persekutuan, negeri atau pihak berkuasa awam.

D.    KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU
·         Kedudukan istimewa orang melayu termaktub dalam P 153 PP. Di bawah peruntukan ini YPDA bertanggungjawab memelihara keistimewaan orang melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.
·         Pada mulanya peruntukan kedudukan istimewa orang melayu tidak dimasukkan dalam borang perjanjian yang dibuat diantara Raja-Raja Melayu dengan kerajaan British berasaskan alasan sebagai sebuah negara melayu, kedudukan orang melayu sebagai peribumi terjamin dan tidak boleh dipersoalkan.
·         Namun, selepas beberapa perjanjian dibuat tanpa disedari kedudukan istimewa orang melayu sebagai penduduk peribumi terhakis sedikit demi sedikit.
·         Keadaan ini diburukkan lagi akibat dasar British yang membawa masuk kaum India dan Cina untuk bekerja dalam sektor ekonomi moden (biji timah, getah) pada abad-21 tanpa memberi peluang kepada orang melayu untuk terlibat dalam arus pembangunan ekonomi yang berkembang pesat.
·          Setelah PTM ditubuhkan pada 1948, orang melayu diberi semula hak dan kedudukan mereka dalam perjanjian PTM 1948.
·         Pesuruhjaya Tinggi British diberi keistimewaan khas untuk melindungi orang melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
·         Selepas merdeka, tanggungjawab tersebut telah berpindah kepada YDPA.
·         Selepas penubuhan Malaysia, kedudukan dan hak kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak terus dipelihara serta sebahagian tangunggajwab khas YDPA.
·         Peruntukan 153 bermaksud YDPA dikehendaki melaksanakan dasar-dasar untuk melindungi keistimewaan orang melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak dari segi kouta :
1.      Jawatan dalam perkhidmatan awam
2.      Pemberian biasiswa dan bantuan
3.      Kemudahan pendidikan
4.      Lesen untuk perniagaan dan perdagangan.

The Truth About the Bermuda Triangle

bermuda-triangle
 

http://cdn.images.express.co.uk/img/dynamic/128/590x/Bermuda-Triangle-Siberian-craters-521153.jpg

The Bermuda Triangle is a large area of ocean between Florida, Puerto Rico, and Bermuda. Over the last few centuries, it’s thought that dozens of ships and planes have disappeared under mysterious circumstances in the area, earning it the nickname “The Devil’s Triangle.” People have even gone so far as to speculate that it’s an area of extra-terrestrial activity or that there is some bizarre natural scientific cause for the region to be hazardous; but most likely, it’s simply an area in which people have experienced a lot of bad luck—the idea of it being a “vortex of doom” is no more real than Bigfoot or the Loch Ness Monster (see The Origin of the Bigfoot Legend and The Origin of the Loch Ness Monster).

The Bermuda Triangle’s bad reputation started with Christopher Columbus. According to his log, on October 8, 1492, Columbus looked down at his compass and noticed that it was giving weird readings. He didn’t alert his crew at first, because having a compass that didn’t point to magnetic north may have sent the already on edge crew into a panic. This was probably a good decision considering three days later when Columbus simply spotted a strange light, the crew threatened to return to Spain.
This and other reported compass issues in the region gave rise to the myth that compasses will all be off in the Triangle, which isn’t correct, or at least is an exaggeration of what is actually happening as you’ll see.  Despite this, in 1970 the U.S. Coast Guard, attempting to explain the reasons for disappearances in the Triangle, stated:
First, the “Devil’s Triangle” is one of the two places on earth that a magnetic compass does point towards true north. Normally it points toward magnetic north. The difference between the two is known as compass variation. The amount of variation changes by as much as 20 degrees as one circumnavigates the earth. If this compass variation or error is not compensated for, a navigator could find himself far off course and in deep trouble.
Of course, despite this now being repeated as an explanation for disappearances in the Triangle on numerous documentaries and articles since then, it turns out magnetic variation is something ship captains (and other explorers) have known about and had to deal with pretty much as long as there have been ships and compasses. Dealing with magnetic declination is really just “Navigation by Compass” 101 and nothing to be concerned about, nor anything that would seriously throw off any experienced navigator.
In 2005, the Coast Guard revisited the issue after a TV producer in London inquired about it for a program he was working on.  In this case, they correctly changed their tune about the magnetic field bit stating,
Many explanations have cited unusual magnetic properties within the boundaries of the Triangle. Although the world’s magnetic fields are in constant flux, the “Bermuda Triangle” has remained relatively undisturbed.  It is true that some exceptional magnetic values have been reported within the Triangle, but none to make the Triangle more unusual than any other place on Earth.
The modern Bermuda Triangle legend didn’t get started until 1950 when an article written by Edward Van Winkle Jones was published by the Associated Press. Jones reported several incidences of disappearing ships and planes in the Bermuda Triangle, including five US Navy torpedo bombers that vanished on December 5, 1945, and the commercial airliners “Star Tiger” and “Star Ariel” which disappeared on January 30, 1948 and January 17, 1949 respectively. All told, about 135 individuals were unaccounted for, and they all went missing around the Bermuda Triangle. As Jones said, “they were swallowed without a trace.”
It was a 1955 book, The Case for the UFO, by M. K. Jessup that started pointing fingers at alien life forms. After all, no bodies or wreckage had yet been discovered. By 1964, Vincent H. Gaddis—who coined the term “Bermuda Triangle”—wrote an article saying over 1000 lives had been claimed by the area. He also agreed that it was a “pattern of strange events.” The Bermuda Triangle obsession hit its peak in the early 1970s with the publication of several paperback books about the topic, including the bestseller by Charles Berlitz, The Bermuda Triangle.

However, critic Larry Kusche, who published The Bermuda Triangle Mystery: Solved in 1975, argued that other authors had exaggerated their numbers and hadn’t done any proper research. They presented some disappearance cases as “mysteries” when they weren’t mysteries at all, and some reported cases hadn’t even happened within the Bermuda Triangle.
After extensively researching the issue, Kusche concluded that the number of disappearances that occurred within the Bermuda Triangle wasn’t actually greater than in any other similarly trafficked area of the ocean, and that other writers presented misinformation—such as not reporting storms that occurred on the same day as disappearances, and sometimes even making it seem as though the conditions had been calm for the purposes of creating a sensational story. In short: previous Bermuda Triangle authors didn’t do their research and either knowingly or unintentionally “made it up.”

The book did such a thorough job of debunking the myth that it effectively ended most of the Bermuda Triangle hype. When authors like Berlitz and others were unable to refute Kusche’s findings, even the most steadfast of believers had difficulty remaining confident in the sensationalized Bermuda Triangle narrative. Nevertheless, many magazine articles, TV shows, and movies have continued to feature the Bermuda Triangle.

Because the number of disappearances in the Bermuda Triangle is no greater than any other similarly trafficked area of the world’s oceans, they don’t really need an explanation. But if you’re still convinced that the Triangle is a ship graveyard, relative to other regions that get around the same number of travelers, here are some natural explanations from the Coast Guard to combat some of the “alien” and other fantastical theories.
The majority of disappearances can be attributed to the area’s unique features. The Gulf Stream, a warm ocean current flowing from the Gulf of Mexico around the Florida Straits northeastward toward Europe, is extremely swift and turbulent. It can quickly erase any evidence of a disaster.
The unpredictable Caribbean-Atlantic storms that give birth to waves of great size as well as waterspouts often spell disaster for pilots and mariners. (Not to mention that the area is in “hurricane alley.”) The topography of the ocean floor varies from extensive shoals to some of the deepest marine trenches in the world. With the interaction of strong currents over reefs, the topography is in a constant state of flux and breeds development of new navigational hazards.
Not to be underestimated is the human factor. A large number of pleasure boats travel the water between Florida’s Gold Coast (the most densely populated area in the world) and the Bahamas. All to often, crossings are attempted with too small a boat, insufficient knowledge of the area’s hazards and lack of good seamanship.

Bonus Facts:
  • Whatever the rumours might have you believe, insurance companies don’t actually charge higher premiums for shipping in the Bermuda Triangle.
  • Another mysterious “triangle” is the Michigan Triangle—an area stretching between Michigan and Wisconsin over the centre of Lake Michigan where disappearances have occurred. One disappearance was Captain George R. Donner who supposedly simply vanished from his cabin on the O.S. McFarland as it carted coal to Wisconsin. On April 28, 1937, his second mate went to tell him they were approaching port, but no one could find him anywhere aboard the ship. In another instance, a plane was flying above the triangle and *apparently* just disappeared. Small amounts of debris were found floating in the water, but the rest of the wreckage and bodies of passengers weren’t found. If you guessed that little credence is given to this triangle being an area of unusual activity for similar reasons as the Bermuda Triangle misrepresentations, you’d be correct.

Wednesday, 16 December 2015




10 PULAU TERCANTIK DI MALAYSIA - WAJIB PIIIII


Malaysia merupakan negara yang mempunyai pulau dan pantai yang tercantik di dunia. Namun mungkin kurang pendedahan di media massa menyebabkan banyak tempat menarik di Malaysia kurang mendapat perhatian umum dan hanya beberapa tempat sahaja yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Kami ingin berkongsi dengan anda 10 lokasi pulau dengan pantai yang tercantik di Malaysia yang mungkin anda boleh lawati. 
 
Berikut Merupak Senarai 10 Pantai Tercantik di Malaysia

1. Pantai Juara, Pulau Tioman , Pahang

Kredit Gambar : wikipedia.com
Pantai Juara terletak di Pulau Tioman, Pahang. Bagi yang mencari ketenangan di pulau dan jauh dari orang ramai dengan pantai yang cantik, ini adalah tempatnya. Selain daripada bercuti, terdapat resort yang menyediakan kemudahan kayak, restoran, Wi-Fi , pakej percutian/snorkelling yang murah dan sebagainya. Pada 1970-an, Pulau Tioman Malaysia telah dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia oleh majalah Time dan telah dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN.
        
Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang menarik dan bergantung kepada bajet anda seperti Berjaya Tioman Resort, Selesa Tioman, Tunamaya Beach & Spa Resort dan Paya Beach Resort.
 
 
2. Pantai Perhentian Kecil,Pulau Perhentian, Terengganu
 
 
Tersenarai sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia oleh CNN, pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang ke sini. Pulau Perhentian Kecil mempunyai ‘Long Beach‘ di mana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian dan pantai di Perhentian Kecil merupakan di antara pantai tercantik di Malaysia. Kebanyakkan pengunjung masih tidak mengenali pantai ini dan bot tidak dibenarkan memasuki pantai ini kerana terdapat banyak terumbu karang dengan air yang cetek. Di sini terdapat pemandangan indah ketika matahari terbenam. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk binatang, burung yang berhijrah dan sebagainya.
Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau-pulau berhampiran, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan di sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam. Selain itu juga, ramai pengunjung ’backpacker’ gemarkan destinasi ini kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dan makanan dengan harga yang berpatutan.
 
 
3. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah
 
 
 
Terletak di luar Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu mempunyai salah satu persisiran pantai terbaik Langkawi. Air di kawasan pantai jelas seperti kristal, pasirnya pula halus menjadikan pantai ini tersenarai sebagai salah satu pantai tercantik di dunia.
Terdapat beberapa gerai di tepi jalan menjual makanan popular di Langkawi dan terdapat beberapa buah resort seperti Tanjung Rhu Resort serta Four Seasons Resort bagi mereka yang ingin menginap di sini. Kebanyakkan pelancong di Langkawi berkunjung ke pantai Pantai Cenang, tetapi bagi yang inginkan ketenangan, Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat.
 
 
4. Pantai Pulau Lankayan, Sabah
 

Pulau Lankayan adalah sebuah pulau batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan.
Pantai di pulau ini ini terkenal dengan pasirnya yang amat putih yang hampir sama dengan suasana di pulau Maldives. Pulau ini mempunyai perairan yang dilindungi dan diisytiharkan sebagai sebuah taman laut negara. Pantai di Pulau Langkayan juga mempunyai resort yang eksklusif, bermakna anda boleh berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Pulau Lankayan adalah sebuah pulau kecil, ditutup sepenuhnya dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan pokok sena tinggi. Pulau ini adalah bersih, tidak mempunyai pekerjaan yang dialami manusia untuk panjang, jadi pantai dan air laut yang bersih dan jernih adalah bebas daripada kotoran dan plastik. Info Lanjut 
 
 
5. Pantai Pulau Mataking, Sipadan, Sabah
 
 
 
Pulau Mataking termasuk di dalam kawasan Borneo Nusantara Malaysia dan ia terkenal kerana menjadi sebahagian daripada “syurga penyelam” sama juga seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Tidak seperti destinasi pelancongan yang berada di bawah pentadbiran langsung Daerah Sabah, kawasan ini adalah kawasan persendirian.
Kedua-dua bahagian pulau iaitu Mataking Besar dan Mataking Kecil adalah dihubungkan secara semula jadi melalui jalan pasir yang sempit, di mana anda boleh berjalan ketika air surut. Pulau ini adalah seluas 40 ekar, tetapi walaupun saiz yang kecil, anda boleh membuat pelbagai aktiviti di sini.
Untuk ke sini, anda perlu mengambil penerbangan ke Tawau melalui Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu. Anda boleh menggunakan pengangkutan kereta sewa/van dari bandar Tawau pada siang hari ke Semporna dan dari situ anda boleh menggunakan perkhidmatan bot laju ke Pulau Mataking ( perjalanan selama 1 jam ). Anda juga boleh menggunakan bot ke pulau melalui Pulau Sipadan atau Pulau Mabul.
 
 
6. Pantai Pulau Manukan , Sabah
 
 
 
 
Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot yang mengambil masa 10 minit perjalanan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah parasailing, selam skuba, mendaki gunung dan mengambil gambar permandangan bagi peminat fotografi. Bagi yang ingin menginap di sini, anda boleh berkunjung ke Manukan Island Resort.
 
 
7. Pantai Pulau Sapi, Sabah
 
 
 
 
Pulau Sapi terletak di luar pantai pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan tarikan utama di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Dari Hyatt Regency Kinabalu, anda perlu menaiki teksi ataupun 10 minit berjalan kaki untuk ke jeti di terminal feri Jesselton Point, Kota Kinabalu.
Air laut dan pantai Pulau Sapi adalah sangat jernih dan mungkin adalah salah satu pantai yang paling indah di Malaysia. Pada siang hari, pantai meriah dengan pelbagai aktiviti pantai. Pada waktu siang di Pulau Sapi, pelbagai aktiviti pantai diadakan seperti selam skuba dan kawasan pantainya sesuai untuk aktviti renang. Info Lanjut 
 
 
8. Pantai Pulau Mabul, Sabah
 
 
 
 
Pantai ini mungkin salah satu pantai yang terbaik yang pernah anda lihat. Imej indah pulau di lautan Pasifik Selatan akan segera berada di fikiran anda sebaik sahaja anda melangkah kaki ke pantai di sini.
Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot, pulau yang berada di luar pantai tenggara Borneo, di Sabah, ini adalah permata sebenar Laut Selatan. Terkenal bukan sahaja kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai yang terbaik bebas kotoran untuk para penyelam.
Lapangan terbang paling dekat dengan Mabul adalah Tawau, dengan penerbangan harian yang kerap dari Kuala Lumpur dan Singapura. Dari Tawau, anda boleh mengambil teksi atau van mini untuk ke Semporna, sebuah pelabuhan dengan masa pemanduan kira-kira 2 jam. Dari Semporna, anda mengambil kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana dengan bot laju. Info Lanjut 


9. Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang, Mersing , Johor
 
 
Sebenarnya, nama rasmi pantai ini adalah pantai Pasir Panjang, seperti yang tercatat di jeti, akan tetapi oleh kerana terlalu banyak pantai yang diberi nama Pantai Pasir Panjang di pulau seluruh Malaysia, iaitu di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman, jadi penggunaan nama Pantai Pasir Putih adalah bersesuaian dan pemandangan di sini adalah sama seperti namanya, pasirnya yang putih,lembut dan tidak tercemar. Terdapat beberapa kerusi pantai disediakan oleh Dayang Blues Resort di mana anda boleh bermain air laut di bawah cahaya matahari ataupun anda boleh mengajak rakan anda bermain bola tampar pantai yang disediakan oleh resort.
Menurut maklumat dari Utusan, Pulau Dayang merupakan pulau paling hampir dengan Pulau Aur di Mersing. Pelancong boleh ke pulau ini dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5jam. Di sini juga terdapat fasiliti selam skuba yang cukup untuk meneroka perairan Mersing yang kaya dengan hidupan marin serta pelbagai jenis ikan. Info Lanjut 
 
 
10. Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang , Terengganu
 
Terdapat dua pantai Teluk Dalam iaitu di Pulau Pangkor dan juga Pulau Redang. Pilihan penulis adalah Pantai Teluk Dalam di Pulau Redang . Pantai Teluk Dalam tidak boleh diakses dari pantai Pasir Panjang. Anda boleh menyewa bot ataupun menggunakan laluan trek hutan yang menghubungkan kedua pantai (dianggarkan kira-kira satu jam jika berjalan kaki). Anda juga boleh menggunakan akses yang paling biasa iaitu dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu, di mana anda akan mengambil bot Berjaya Resort ke jeti kampung nelayan di Redang. Dari jeti, anda boleh menggunakan pengangkutan minivan sejauh kira-kira 3 km di jalan pedalaman ke pantai ini.
Pantai ini adalah sangat sesuai untuk aktiviti renang, tetapi tidak begitu sesuai untuk aktiviti selam skuba kerana tidak banyak karang.

Tuesday, 15 December 2015

10 KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH AVOKADO


Pokok avokado atau nama saintifiknya persea Americana mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti. Pokok avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. Ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Daun pokok avokado mempunyai hujung yang runcing.

Pokok avokado berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Kini, buah avokado ditanam di negara-negara seperti Afrika Selatan, Australia dan New Zealand. Buah ini dikategorikan dalam beberapa jenis seperti bacon, fuerte, gwen, hass, penkerton, reed dan zutano. Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah daun, buah, kulit kayu dan biji. Buahnya amat berkhasiat kerana mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, vitamin C, naisin dan riboflavin.
Buah avokado adalah salah satu buah yang dicipta dengan pelbagai khasiat yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Jadi, kita disarankan seperti dalam piramid makanan yang seimbang untuk lebihkan pengambilan buah dalam kehidupan kita. Mari lihat apa 10  khasiat dan kelebihan memakan buah avokado yang boleh diperoleh dari memakan buah ini.
10 Khasiat Dan Kelebihan Memakan Buah Avokado
1) Mengawal tekanan darah
Avokado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.
2) Menggalakkan kesihatan mata
Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.
3) Melindungi daripada kanser
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.
4) Menyembuhkan nafas berbau
Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.
5) Ciri-ciri anti -penuaan
Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.
6) Penjagaan Kulit
Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

7) Berat badan
Avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.
8) Mengekalkan kesihatan jantung
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
9) Vitamin E Powerhouse
Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.
10) Mengandungi banyak vitamin
Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.