UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
TAKRIF
Ø unsur-unsur
yang telah lama wujud dan diwarisi dalam masyarakat melayu sebelum kemasukan
kuasa penjajah di Tanah Melayu.
Ø Diserapkan
dalam Perlembagan Persekutuan (PP) sebagai sebahagian daripada bentuk tolak
ansur diantara kaum yang dikenali sebagai “kontrak sosial” semasa perlembagaan
digubal pada tahun 1956.
Ø terus
dikekalkan dalam PP kerana kepentingannya untuk kestabilan politik negara dan
mempunyai peranan tertentu dalam mengekalkan keharmonian di antara kaum.
A.
PEMERINTAHAN
BERAJA
·
institusi beraja telah
wujud berabad2 lamanya sebelum kedatangan penjajah.
·
pada masa itu, negeri2
melayu mengamalkan sistem beraja mutlak (kuasa raja meliputi seluruh aspek
pemerintahan, pentadbiran dan kehidupan rakyat)
·
semasa penjajahan
British, raja2 masih diiktiraf sebagai pemerintah berdaulat di
negeri masing2. walaupun dalam sesetengah perkara, mereka
dikehendaki mematuhi nasihat residen/penasihat British.
·
keadaan ini berlanjutan
sehingga sebelum tercetus perang dunia ke-2 (PD2).
·
selepas PD2, pihak
British ingin membentuk pemerintahan bercorak kesatuan yang dikenali sebagai
Malayan Union (MU).
·
melalui
rancangan itu, kuasa raja2 dibataskan kepada agama Islam dan adat
istiadat melayu sahaja. (kesan) kuasa politik dan kedaulatan raja2
melayu dilucutkan.
·
akibat bantahan hebat
oleh orang melayu, maka MU digantikan dengan pemerintahan bercorak Persekutuan
melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 yang telah memulihkan
serba sedikit kedudukan raja2 melayu.
·
setelah merdeka,
institusi beraja dikekalkan seiring dengan sistem demokrasi yang diamalkan.
·
ketua negara bagi
persekutuan adalah YDPA yang dipilih oleh 9 orang dikalangan raja2
melayu (P.32 PP)
·
banginda dikehendaki
menurut nasihat PM dan jemaah menteri (P. 39/40)
·
institusi beraja
dilindungi oleh perlembagaan dan tiada sebarang pindaan yang boleh dilakukan
terhadap perkara2 yang melibatkan majlis raja2 (MRR),
susunan keutamaan dan hak2 mereka untuk warisan sebagai raja di
negeri masing2 tanpa persetujuan MRR.
B.
AGAMA
ISLAM
·
Agama Islam telah
menjadi anutan oleh orang melayu sejak lebih 500 tahun lalu.
·
walaupun negeri2
melayu pernah diperintah oleh kuasa asing, tetapi orang melayu masih berpegang
pada agama Islam.
·
sungguhpun British
mengambil alih kuasa politik di NNM melalui pengenalan sistem residen
(perjanjian pangkor 1947) tetapi agama islam dan adat istiadat melayu tidak
disentuh langsung.
·
semua raja di NNM
dikehendaki mematuhi nasihat residen kecuali dalam bab agama islam dan adat
istiadat melayu.
·
selepas merdeka,
kedudukan agama islam terus dipelihara dan dijadikan agama bagi persekutuan
namun agama2 lain boleh diamalkan dengan bebas dalam mana2
bahagian persekutuan [P.11(1)]
·
agama islam dan orang
melayu mempunyai perkaitan yang sangat rapat sehingga islam menjadi satu
daripada unsur penting dalam takrif melayu menurut perlembagaan.
·
P.160 PP mentakrifkan
melayu sebagai seorang yang beragama islam, bertutur dalam BM, mengamalkan adat
istiadat melayu dan berketurunan melayu.
·
selaras kedudukan islam
sebagai agama bagi persekutuan, kerajaan pusat diberi kuasa untuk
memperuntukkan atau menyediakan perbelanjaan bagi pentadbiran agama islam dan
undang2 syariah.
·
penerimaan islam
sebagai agama bagi islam membolehkan kerajaan pusat (KP) dan kerajaan negeri (KN)
menubuh / meyelenggara dan membantu pertubuhan2 islam serta
menyediakan peruntukan kewangan untuk majlis dan upacara keagamaan.
·
selaras kedudukan islam
sebagai agama bagi persekutuan, maka undang2 persekutuan boleh
mengawal / menyekat penyebaran kepercayaan agama lain kepada penganut agama
islam {P.11(4)]
C.
BAHASA
MELAYU
·
Sebelum PD2, BM telah
digunakan secara meluas untuk tujuan rasmi seperti urusan surat menyurat,
pengendalian dan penulisan minit mesyuarat serta prosiding perundangan dan
kehakiman di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Kedah, Perlis,
Kelantan, Terengganu dan Johor
·
Keadaan ini mula
berubah sedikit demi sedikit selepas PD2 akibat penerimaan undang-undang
Inggeris dalam sistem perundangan
·
Perkembangan ini mula
menyebabkan BI mula diterima sebagai bahasa pentadbiran walaupun pada masa yang
sama BM masih digunakan dalam urusan rasmi persekutuan.
·
Dalam perlembagaan
Malayan Union ada menyebut bahawa bahasa rasmi untuk urusan kerajaan, mesyuarat
majlis kerja di NNMB dan NNS ialah BM dan BI.
·
Dalam rangka
perlembagaan PTM yang digubal pada tahun 1956 ada diusulkan/dicadangkan supaya
BM dijadikan bahasa persekutuan dengan cara yang sama Islam dijadikan agama
persekutuan tanpa istilah rasmi atau kebangsaan.
·
Namun, cadangan itu
dibantah oleh pemimpin melayu dan akibatnya P 152 (1) diluluskan dengan
menjadikan BM sebagai bahasa kebangsaan.
·
Pemberian taraf
kebangsaan kepada BM bermakna bahasa itu menjadi bahasa perantaraan dalam semua
urusan rasmi kerajaan.
·
Di bawah P 152 (6) PP
mentakrifkan ‘rasmi’ adalah samaada untuk kerajaan persekutuan, negeri atau
pihak berkuasa awam.
D.
KEDUDUKAN
ISTIMEWA ORANG MELAYU
·
Kedudukan istimewa
orang melayu termaktub dalam P 153 PP. Di bawah peruntukan ini YPDA
bertanggungjawab memelihara keistimewaan orang melayu dan kaum bumiputera di
Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.
·
Pada mulanya peruntukan
kedudukan istimewa orang melayu tidak dimasukkan dalam borang perjanjian yang
dibuat diantara Raja-Raja Melayu dengan kerajaan British berasaskan alasan
sebagai sebuah negara melayu, kedudukan orang melayu sebagai peribumi terjamin
dan tidak boleh dipersoalkan.
·
Namun, selepas beberapa
perjanjian dibuat tanpa disedari kedudukan istimewa orang melayu sebagai
penduduk peribumi terhakis sedikit demi sedikit.
·
Keadaan ini diburukkan
lagi akibat dasar British yang membawa masuk kaum India dan Cina untuk bekerja
dalam sektor ekonomi moden (biji timah, getah) pada abad-21 tanpa memberi
peluang kepada orang melayu untuk terlibat dalam arus pembangunan ekonomi yang
berkembang pesat.
·
Setelah PTM ditubuhkan pada 1948, orang melayu
diberi semula hak dan kedudukan mereka dalam perjanjian PTM 1948.
·
Pesuruhjaya Tinggi
British diberi keistimewaan khas untuk melindungi orang melayu dan kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak.
·
Selepas merdeka,
tanggungjawab tersebut telah berpindah kepada YDPA.
·
Selepas penubuhan
Malaysia, kedudukan dan hak kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak terus
dipelihara serta sebahagian tangunggajwab khas YDPA.
·
Peruntukan 153
bermaksud YDPA dikehendaki melaksanakan dasar-dasar untuk melindungi
keistimewaan orang melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak dari segi kouta
:
1.
Jawatan dalam
perkhidmatan awam
2.
Pemberian biasiswa dan
bantuan
3.
Kemudahan pendidikan
4.
Lesen untuk perniagaan
dan perdagangan.
No comments:
Post a Comment