13 PERKARA MENARIK MENGENAI PERDANA MENTERI KANADA YANG BAHARU
Justin Trudeau mencetuskan sensasi global apabila menjadi Perdana
Menteri yang paling kacak dan muda di dunia. Dia baru dilantik menjadi
pemimpin negara Kanada selepas memenangi pilihan raya dengan
menumbangkan Stephen Harper yang telah menjadi Perdana Menteri selama
hampir 10 tahun.
Kemenangan yang tidak dijangkakan ini telah membuatkan anak bekas
Perdana Menteri lagenda, Pierre Elliott Trudeau turut mengembalikan
negara Kanada yang konservatif berpuluh tahun menjadi liberal.
1. Gen pemimpin
“Tonight we’ll dispense with the formalities. I’d like to toast the future
prime minister of Canada: to Justin Pierre Trudeau,” ujar Nixon.
prime minister of Canada: to Justin Pierre Trudeau,” ujar Nixon.
“I hope he has the grace and skill of the president,” balas ayah Trudeau.
2. Kod nama
Oleh kerana dia membesar sebagai anak Perdana Menteri Kanada, pihak
keselamatan keluarganya telah memberikan dia kod nama “Maple 3”.
3. Pekerjaan
Trudeau mendapat pendidikan di Universiti McGill dan Universiti
British Columbia sehingga memperolehi ijazah di dalam bidang pendidikan.
Kemudian, menyara diri sebagai seorang guru sekolah.
4. Bapa dan suami
Trudeau yang sedang menjadi sensasi global kerana kekacakkannya yang
lebih menyerlah berbanding Perdana Menteri dunia lain merupakan seorang
bapa kepada tiga orang kanak-kanak comel dan suami kepada Sophie
Gregoire, seorang wartawan televisyen dan radio.
5. Pengalaman kerjaya
Sebelum menjadi pembuat undang-undang pada 2008, Trudeau telah
menjawat beberapa kerjaya, termasuk bidang pengajaran, kejuruteraan,
penunjuk ajar bungee-jumping, geografi persekitaran.
6. Detik jadi perhatian awam
Trudeau mendapat perhatian awam buat pertama kali sewaktu menjadi
jurucakap keluarga apabila adiknya Michel maut akibat runtuhan salji di
British Columbia. Disusuli dengan ucapan di majlis pengebumian ayahnya
yang disiarkan di kaca televisyen pada 2000.
“More than anything, to me, he was dad. And what a dad. He loved
us with the passion and the devotion that encompassed his life. He
taught us to believe in ourselves, to stand up for ourselves, to know
ourselves and to accept responsibility for ourselves.
“We knew we were the luckiest kids in the world. And we had done nothing to actually deserve it.
It was instead something that we would have to spend the rest of our lives to work very hard to live up to.”
Ucapan Trudeau dipuji secara meluas sehingga orang ramai merasakan dia berpotensi memegang jawatan di dalam kerajaan.
7. Perjalanan politik
Trudeau aktif menjadi ahli politik selepas kematian ayahnya. Dia
memenangi pencalonan Liberal di Papineau pada 2007 dan menjadi ahli
parlimen pada 2008. Kemudian dia dilantik semula menjadi ahli parlimen
pada 2011.
Setelah menolak beberapa kali tawaran menjadi pemimpin parti Liberal,
akhirnya Trudeau menyatakan niatnya itu pada 2012 dan menangi pilihan
raya pada 2013 walaupun dikritik oleh lawannya kerana tidak
berpengalaman dan kekurangan dari segi kedudukan polisi.
8. Bertarung di gelanggang for real
Trudeau menjadi peninju di dalam perlawanan boxing menentang senator
Kanada pihak Konservertif, Patrivk Brazeau. Pengadil terpaksa memeriksa
keadaan Brazeau sama ada sesuai meneruskan perlawanan atau tidak.
Akhirnya, Trudeau menang dalam 3 pusingan dengan 3-1 mata dalam
perlawanan untuk kebajikan itu.
9. Pelakon “The Great War”
Trudeau membintangi filem “The Great War” sebagai hero perang bernama
Talbot Papineau yang mati di dalam Perang Passchendaele pada 2007. Ia
mengenai penglibatan Kanada di dalam Perang Dunia Pertama.
10. Perdana Menteri bertatu
Global News Kanada melaporkan Trudeau mungkin Perdana Menteri bertatu
yang pertama. Tatu itu yang dibuat sewaktu dia berusia 23 tahun
terletak di bahu kiri bahagian atas yang terserlah sewaktu dia bertarung
di gelanggang boxing.
11. Pernah berkorban untuk kerja amal
Trudeau pernah mengumpul lebih kurang US$1,500 untuk majlis amal gala
What A Girl Wants melalui aksinya yang berbogel separuh di depan para
hadirin. Pembida tertinggi akan mendapat peluang makan tengah hari
bersama Trudeau di restoran Parlimen di Ottawa.
Majlis amal itu dianjurkan untuk membantu kajian penyakit hati.
12. Makna kemenangan Trudeau kepada Kanada
Trudeau akan memastikan rakyat Kanada yang kaya (mempunyai pendapatan
lebih $200,000 setahun) akan dikenakan cukai yang tinggi dan dalam masa
yang sama merendahkan cukai ke atas golongan kelas pertengahan.
Penggunaan marijuana juga akan dibenarkan di Kanada berikutan kos
yang tinggi untuk menanganinya melalui penguatkuasaan undang-undang.
Trudeau akan menambahbaik sistem pengundian negara agar sistem
pilihan raya menjadi lebih efektif dan akan turut mempertimbangkan
pengudian secara atas talian.
Pendapatan negara akan digunakan untuk perbelanjaan infrastruktur
bagi meningkatkan ekonomi negara kerana bagi Trudeau, polisi negara
sekarang tidak membantu Kanada keluar dari masalah kemelesetan ekonomi.
Trudeau juga berkata bahawa dia tidak akan meneruskan dasar-dasar
sosial pendahulunya, seperti larangan yang dicadangkan ke atas penjawat
awam memakai niqab. Menurutnya, memakai tudung atas sebab-sebab agama
adalah hak asasi untuk Kanada.
13. Makna kemenangan Trudeau kepada Amerika Syarikat
Trudeau berjanji untuk mengubah apa yang dibawakan oleh parti
Konservatif bahawa dia akan menjalankan defisit, menarik diri daripada
operasi anti-ISIS di Iraq dan Syria dan mewujudkan semula hubungan
dengan Iran. Malah, Trudeau mahu membawa masuk 25,000 pelarian Syria ke
Kanada.
Kemungkinan besar juga Trudeau akan mengubah polisi perjanjian
dagangan bebas dengan pihak Amerika Syarikat dan akan menjadi lebih
transparent dengan isu perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA).
No comments:
Post a Comment